Perkembangan sistem pendidikan di Kuala Lumpur pada awal tahun 1950-an telah
mendesak Kerajaan Negeri Selangor mendirikan sebuah sekolah yang bahasa
pengantarnya ialah bahasa Inggeris. Bangunan ini didirikan di atas sebidang
tanah seluas 5 ½ ekar di antara Jalan Gurney dengan Jalan Gurney Satu pada
tahun1957.
Bangunan tersebut merupakan
satu blok bangunan baru dua tingkat beratap genting memanjang membelakangkan jalan besar. Luas bangunan ini
ialah 300 kaki X 30 kaki. Mengandungi 14 bilik darjah termasuk
3 bilik yang boleh diubahsuai menjadi dewan. Sebuah pejabat. 6 buah tandas.
Bangunan ini juga dilengkapi dengan kipas dan lampu. Pada waktu bangunan ini
boleh dikatakan sebagai sebuah bangunan yang moden.
Juga dilengkapi dengan padang permainan
yang luasnya 2 ekar. Sebuah kantin. Dan sekolah ini memulakan sesi pertamanya
pada awal tahun 1958. Nama asal sekolah ini ialah Gurney Road School. Menerima
147 orang pada tahun pertama operasi yang terdiri daripada pelajar SK. Jalan Raja Muda, SK. Kampung
Bharu, dan SK (T) Sentul. Mempunyai 7 orang kakitangan termasuk Guru Besar,
iaitu Encik Yap Swee Hin. Hanya kelas tahun satu sahaja yang dibuka.
Selepas 3 bulan beroperasi, Encik Yap Swee Hin
digantikan oleh Puan R. I. Sibert, manakala Encik Yap Swee Hin menyandang
jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
Pada awal tahun 1959, enrolmen
pelajar terus meningkat kepada 589 orang. Manakala kelas yang dibuka ialah 7
kelas tahun satu; 6 kelas tahun dua. Bilangan guru juga turut bertambah kepada
14 orang termasuk guru besar.
Pada bulan Mac 1959, bangunan
SK. Jalan Gurney Satu telah dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Duli Yang Maha
Mulia Sultan Abdul Aziz.
Pada waktu itu SK. Jalan Gurney Satu terus
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Berikutan
dengan itu sekolah ini menjadi rebutan ibu bapa di kawasan ini. Tambahan pula
inilah satu-satunya sekolah yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris di kawasan
ini. Hal ini menyebabkan enrolmen pelajar terus meningkat sehinggakan Kerajaan
Negeri Selangor terpaksa mendirikan blok tambahan yang mengandungi 6 buah bilik
darjah; 3 kelas boleh ubahsuai; 1 bilik guru; dan tandas. Pada masa ini
enrolmen pelajar ialah 797 pelajar dengan agihan kepada 18 buah kelas, dan 22
orang guru.
Disebabkan peningkatan pelajar
terlalu mendadak, pada tahun1962 sebuah bangunan tiga tingkat telah didirikan
di hadapan bangunan asal. Bangunan ini mengandungi 9 bilik darjah. Sehingga
akhir 1963 jumlah kelas ialah 25 kelas; jumlah guru ialah 33 orang; dan
enrolmen adalah 1087 pelajar.
Peningkatan pelajar terus
bertambah, justeru itu Jabatan Pelajaran Selangor telah membahagikan sekolah
kepada 2 sesi dengan 2 pentadbiran. Gurney Road School (One) di bawah guru besar Puan R.
I. Sibert dan Gurney Road School (Two) di bawah guru besar Encik Phang Piang
Fah.
Dalam menjalankan sesi
persekolahan harian kedua-dua sekolah terpaksa bergilir-gilir menggunakan kelas
(enam bulan sesi pagi; enam bulan sesi petang). Berikutan pelaksanaan
penggunaan bahasa Kebangsaan di sekolah nama kedua-dua sekolah bertukar kepada
SRK. Jalan Gurney (1), dan SRK. Jalan Gurney (2) pada 1973.
Pada 1979, sebuah kantin baru
didirikan bagi menampung jumlah pelajar yang meningkat. Bangunan kantin asal
diubahsuai menjadi pusat sumber. Projek ini dibiayai oleh PIBG dengan kos
sebanyak RM40 000.00
Pada 1981, dua blok bangunan
dua tingkat yang mengandungi empat bilik darjah; 2 tandas telah didirikan di
hadapan sebelah kanan blok asal.
Pada 1987, sebuah surau dibina
atas peruntukan PIBG telah dibina dengan biaya sebanyak RM70 000.00. Menjelang 1988 sekolah ini
mempunyai;
i. 5 blok bangunan;
ii.
1 pusat sumber;
iii.
1 kantin;
iv.
1 surau
v.
1 bilik guru secara guna
sama.
Pada pertengahan tahun 1993,
blok bangunan lama di belakang bangunan asal dirobohkan. Dan sebagai ganti
kerajaan telah mendirikan satu blok bangunan 4 tingkat dengan;
i.
12 bilik kelas;
ii.
8 tandas;
iii.
8 stor;
iv.
1 dewan terbuka.
Pada ketika ini juga perubahan telah dibuat pada
bangunan asal, di mana bangunan ini telah dibahagi dua untuk dijadikan pejabat
dan bilik guru yang berasingan. Pada waktu ini juga bilik Muzik
telah didirikan. Bangunan baru itu mula digunakan pada pertengahan tahun 1994.
Pada 1994, bangunan ‘Pavillion’
telah dirobohkan untuk didirikan dewan besar, atas sumbangan Sultan Brunei. Malangnya
bangunan itu telah terbengkalai hingga kini kerana silap pengurusan. ‘Pavillion’
ini pada asalnya untuk kegiatan kokurikulum. Dan untuk kegiatan sukan kerajaan
telah membina;
i. 2 gelanggang simen –
untuk permainan sepaktakraw / badminton.
ii.
1 padang bola – untuk
permainan bolasepak / hoki / bola jaring.
Pada 1997, nama sekolah ini
sekali lagi bertukar atas arahan kerajaan. Nama baru sekolah ialah Sekolah
Kebangsaan Jalan Gurney Satu.
Pada tahun 1999, sebuah makmal
komputer yang dilengkapi dengan sistem rangkaian telah dibina. Makmal ini
mempunyai 15 terminal dengan 1 server. Makmal ini mula beroperasi pada tahun
2000. Pada tahun 2001 makmal ini sekali lagi mengalami perubahan dengan
menggunakan sistem rangkaian yang baru di bawah seliaan syarikat CIE Softwares.
Makmal itu kini mempunyai 22 komputer; 1 server; dan 1 hub.
Pada tahun 2000, beberapa
bangsal / gazebo telah dibina untuk pelajar berehat. Projek ini sumbangan PIBG.
Bangsal-bangsal ini kemudiannya dinamakan dengan nama Dataran Datuk Dr. Abdul
Rahim.
Pada 2001, sekolah dibaik pulih
untuk keseluruhan. Antara kerja yang dilaksanakan ialah;
i. pempaipan semula;
ii. pendawaian semula;
iii. penambahan kemudahan;
iv. pemagaran;
v. pengecatan semula; dan
vi.
baik pulih.
Pada September 2001, sekolah
ini dijangkakan akan mendapat sebuah lagi makmal komputer. Projek ini
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah diharapkan menjelang
sesi 2002, sekolah akan dapat memecut untuk mencapai sasaran, iaitu
kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Ini kerana asas yang baik sudah ada,
yang tinggal lagi hanyalah pengembelengan tenaga ke arah itu.
|